Tuesday, November 9, 2010

End For MyOld Life

Skang semua dah berubah . Aku menjalankan kehidupan yang NORMAL seperti org lain . cuma perlu untuk perbaiki diri menjadi yang terbaik .tak memikirkan tentang org lain dah , just fikir tentang diri sendiri . cukuplah apa yang terjadi sebelum ni . lagi2 kesilapan yang lepas telah aku lakukan . done done done . noktah !!

Polis Tahan Dua Lagi Remaja Terbabit Kes Samun Kafe Internet Semalam(16Mei2010) -END OF MYLIFE

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi remaja yang terbabit dalam kejadian cubaan samun sebuah pusat internet 24 jam di Jalan Genting Klang di sini oleh lapan remaja awal pagi semalam, menjadikan semuanya tiga remaja sudah ditahan berhubung kes itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mat berkata kedua-dua mereka yang berumur 17 tahun itu ditahan petang dan awal pagi ini selepas mereka menyerah diri kepada polis.

Beliau berkata remaja pertama menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam selepas tamat waktu persekolahannya.

"Remaja kedua pula ditahan di rumah keluarganya di Keramat kira-kira pukul 1 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan sempena Hari Polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Katanya siasatan lanjut mendapati remaja pertama bertindak sebagai penyamun dan penunggang motosikal dalam kejadian semalam manakala suspek kedua adalah pemandu kereta yang berada di luar premis berkenaan, dan kedua-dua suspek tidak mempunyai lesen memandu.

Abu Samah berkata polis percaya kumpulan ini terlibat dalam beberapa kes di sekitar Lembah Klang dengan modus operandi mereka adalah dengan menyamun pusat internet di awal pagi.

Dalam kejadian awal pagi semalam tujuh lelaki bersenjatakan pedang, gergaji dan pisau menyerbu pusat internet itu dan mengugut pengunjungnya supaya menyerahkan wang manakala seorang lagi rakan mereka menunggu di dalam sebuah kereta di luar premis berkenaan.

Seorang daripada tujuh suspek itu ditembak di bahagian kaki selepas cuba menyerang anggota polis dengan melibaskan gergaji.

Abu Samah berkata suspek yang sedang menerima rawatan di HKL itu berada dalam keadaan stabil dan polis sudah mendapatkan perintah reman untuk menahannya sehingga 11 Mei ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang penyelia wanita sebuah stesen minyak di Wangsa Melawati, dekat sini menemui sepucuk pistol semi automatik yang dipercayai diletakkan di dalam tandas wanita stesen terbabit tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner (ACP) Zakaria Pagan berkata dalam kejadian itu pekerja wanita berkenaan menemui satu bungkusan plastik semasa membersihkan tandas Isnin lepas, lalu beliau menyerahkan bungkusan itu kepada penyelianya.

"Kira-kira pukul 9 pagi ini penyelia itu membuka bungkusan plastik tersebut dan terkejut mendapati ada sepucuk pistol di dalamnya. Polis yang tiba selepas dimaklumkan mengenainya mendapati ia merupakan sepucuk pistol semi-automatik 9mm jenis Sigsauer yang dilaporkan hilang di Ampang oleh sebuah sebuah syarikat keselamatan pada 30 April lepas," katanya. - BERNAMA

Saturday, March 20, 2010

New Life Become a true FRIENDSHIP

skang hidup dah berubah . mcm2 dah aku lalui . skit demi skit aku tahu erti kehidupan! betol kata member2 aku dulu . kawan lebih penting dari segalanya . haha . tapi aku bodoh pergi percaya kan someone yang aku mempercayai . hahah .. so skang . hidup semua dah berubah . aku dengan hidup aku dan dia dengan hidup dia . takada kena mengena dengan keluarga aku atau pun keluarga dia. haha . anyway, slagi aku happy dan dia pun happy that so k .
haha ..

so , now. perkembangan yang terbaru , ada kawan baik . yang sentiasa dengan aku . dan someone yang aku love .
haaaha .! who ?
ahah . secret ahh ! tapi yang penting . anak kawan mama aku . so far,mula2 agak susah la nak ngorat . haha .last2 sangkot gk . hahaa.! tak confident sgt dpt . cos ,bdk baik2 an . haha .. ermm .. to someone ? harap you sihat .lama tak dengar cerita you . i tak rindu you pun ! tapi hope you sehat . i happy skang . sbb i tgok you pun happy . pas spm i nak g jejauh sgt. jejauh smpai i tak kan jumpa you . haha .bukan sebab i benci
. tp sbb i nak luangkan masa dengan seseorang yang i lagi syg! k . jangan sedih k syg ! :)
anyway , tadi hangout , aku rasa dah temui hobby baru ! SHOPINGG! haaa ! best . haha .

ok nnt aku update ag blog ni . buzy bz bzbzbbz . .;) brb >! love u all !

Saturday, February 27, 2010

Ending Story In love

Walaucamner pun. keep move and go make a new book.
everyday , u think abot him .
just let she go .

now i am a new AKI .
haha .
around me . i don't see love.
and i don't want see another love .
that can make me hurt .

-AKi912